Kembali ke Pangkal Jalan

Misaki PureBlood | August 01, 2017 |
Sekali pandang, tajuk blog hari ini macam seram saja. Sedangkan tak ada kaitan sangat pun, tajuk post dengan isi post. Kalau ikutkan niat dan hati, hari ni ingatkan nak blogwalking blog ke blog saja. Tapi last-last update juga post. Entah bila pulalah post ni nak update lagi. Di Facebook, bukan main panjang berjela post. Dari complaint, luahan perasaan and so many thing lagilah.


Kenapa tiba-tiba post ni wujud pada tarikh 1 Ogos 2017? Adalah, satu dua sebab kenapa post ni diwujudkan. Biasalah, perasaan manusia ni tak dapat diduga. Sedar-sedar saja tangan dah pegang laptop, jari dah mula menaip semata-mata nak update blog ni. Blog yang dah bersawang tapi masih ada yang sudi melawat. Terima kasih. TT^TT

Antara sebab kenapa hari ni tiba-tiba nak update blog. 

1. Kebosanan

Dah bosan baru tahu nak kembali ke pangkal jalan. Sebelum ni, ada depan mata saja blog ni. Itupun kau tak pandang =_= Inilah manusia.. Time susah barulah nak cari, time senang... Ermm, hampehhh... Ahahahhahahaha (dah tahap kebosanan kalau menulis pun tak ketahuan)

2. Rindu

Rindulah nak blogging. Gila tak rindu. Dulu sebelum degree, bukan main blogging walaupun tak banyak sangat post. Rindu nak menulis, rindu nak meluahkan perasaan, bermacam-macam rindulah. Tapi, yang paling rindu mestilah nak baca blog korang XD Mwahahahahaha

3. Sedih

Bukan sebab apa pun perasaan sedih ni wujud sampai rasa nak post entri. Benda simple saja. Masa tengah update bloglist yang selalu Misaki baca. Dari yang setahun ke atas tak update sampailah yang selalu update. Hasilnya, macam dekat ruangan bloglist Misaki yang sekarang ini. Blog yang tersenarai as favourite blog risuto yang selalunya Misaki akan baca. Cumanya, lately jarang benar blogwalking... Hari ni baru rasa nak blogwalking. Apa yang Misaki nak sampaikan, banyak jugalah blogger yang sebelum ni tersenarai dalam list dah tak ada dalam list TT^TT. Sebabnya, ramai blogger yang dah delete blog :'( dan sebab tu lah kenapa tiba-tiba timbul perasaan nak update blog. Blogger yang dah berapa abad lamanya tak update tapi still dalam bloglist Misaki, I will wait for them untuk munculkan diri dan aktif semula dalam dunia blogging sebab Misaki rindu sangat nak baca post diorang. Tapi, itulah kan nak buat macammana. Masing-masing ada kehidupan sendiri, ada yang sambung belajar, ada yang hilang idea untuk menulis, ada yang dah berumah tangga dan macam-macam lagi. Semua dah berubah. Hidup pun perlukan perubahan TT^TT. I can understand, but it is still sad :'(

4. Blog Bersawang

Erkkkk.. memang bersawang sangat. Bila check post lama, Misaki rasa nak delete ja post. The way I used to call myself rasa pelik sangat. Ahahahahahaha.. Mula-mula Hikari, lepas tu tukar kepada Misaki. All the time guna kata ganti diri I. Cuma dalam bahasa Malaysia saja, Misaki masih tertanya-tanya sama ada perlu atau tak tukar kata ganti diri Misaki kepada aku. Apa pula pandangan orang lain kalau Misaki still stay dengan kata ganti diri Misaki? 

That's it untuk petang ni. Permulaan bulan Ogos ni, harap-harap semuanya baik-baik dan berjalan lancar. Aamiin...

I wonder if tomorrow there will be any post from me or not O.O

2 comments:

  1. Macam saya, saya blog balik pun sebab rindu nak merepek meraban dekat blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Farah XD merapu ja tulis.. pendek pun pendeklah.. asalkan luahkan dekat blog XD

      Delete